Man Utd benam Arsenal 3-1

01 February 2010



 

Kemenangan dramatik United awal pagi tadi cukup untuk memastikan kejuraan Liga Perdana musim ini bakal berada di Old Trafford selepas mereka berjaya melakukannya pada musim lalu.

Kemenangan 3-1 hasil gerakan cantik Nani yang mudah memperdaya pertahanan lawan dengan gerakan cukup menarik menyaksikan penjaga gol Arsenal Almunia tertampan bola ke dalam pintu gol sendiri.

Manakala jaringan kedua menyusul hasil dari "counter attack" United menerusi umpanan Park Ji Sung kepada Rooney, gerakan satu dua tercipta dengan Rooney membuat hantaran cantik kepada Nani yang dengan bijak membuat hantaran semula kepada Rooney ke dalam kotak penalti Arsenal dan sekaligus sepakan terus Rooney berjaya menumpaskan Almunia buat kali kedua. 

Dua gol masih tidak cukup untuk United dan sekali lagi hasil gerakan Rooney hantaran cantiknya kepada Park Ji Sung di kawasan tengah menyaksikan gol ketiga tercipta dimana Park mudah memperdayakan Almunia untuk kali ketiga berturut-turut.

Gol sagu hati Arsenal pula menjelma diminit-minit terakhir oleh pemain pertahanan mereka yang menyepak cantik sekaligus membias pertahan United dan gagal diselamatkan oleh Van Der Sar.

Dengan kemenangan awal pagi tadi sememangnya memberi sedikit tekanan kepada pendahulu liga Chelsea yang turut mencatatkan kemenangan bertemu Burnley hasil jaringan minit akhir oleh Kapten mereka John Terry.

0 comments: