Man Utd 2011 :)

15 August 2011


Pemain Pahang 'asah' mental jumpa Perak

26 February 2011

KUANTAN - Mental kesebelasan skuad Pahang perlu kuat jika mahu meneruskan kemenangan ketika menentang pasukan Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur malam ini.

Walaupun anak buah Norizan Bakar kini berada di tangga ke dua carta Liga Super di belakang Kelantan, pengurus Pahang, Datuk Che Nasir Salleh tidak mahu mental anak buahnya terganggu dengan catatan itu.

Berbanding Pahang yang kini di tangga ke enam, anak buah Dollah Salleh perlu membuang jauh rasa hormat kepada skuad Perak sehingga menjejaskan tumpuan untuk mengutip tiga mata.

"Atas kertas memang skuad Perak nampak gah di tangga dua persada liga tetapi sebenarnya kemampuan Pahang tidak jauh berbeza dengan skuad Perak dan kita yakin boleh menang jika pemain berfikiran positif," kata Che Nasir.

Pahang mungkin tidak dapat mengelak daripada rasa gentar bertemu dengan anak buah Cikgu Jan jika carta Liga di ambil kira kerana perlawanan malam ini boleh di anggap ujian sebenar prestasi Pahang.

Walaupun boleh berbangga dengan rekod dua kemenangan di hadapan penyokong sendiri ketika menewaskan T Team dan Sabah tetapi kejayaan pada saingan Liga Super dan Piala FA itu bukan ujian sebenar .

T Team kini menghuni di tangga dua tercorot dan Sabah di Liga Perdana berbanding Perak yang belum pernah tewas dan dilaporkan bersedia untuk meneruskan rentak kejayaan di hadapan penyokong Pahang.

Bukan sekadar Perak di tangga ke dua, Harimau A ke tiga dan Felda United ke lima pernah menewaskan Pahang di gelanggang sendiri yang perlu jadikan analisis untuk menguji kekuatan sebenar Pahang.

Che Nasir berkata, Dollah Salleh sudah pasti menyedari kelemahan dan kekuatan bagi mengelakkan Pahang tewas dalam perlawanan yang di anggap benar-benar menguji keupayaan untuk menjadi pasukan pertama menewaskan Perak.
"Pahang sudah bersedia dan semua pemain utama tidak mengalami kecederaan dan sedia untuk beraksi dan yakin kita mampu menewaskan Perak jika mental pemain benar-benar kental," katanya.

Credit to UTUSAN Malaysia 
 

Perak FA 2011..!!! kejor yeob kejor.. :)

Community Shield 2010

08 August 2010


TONIGHT..!!!  DONT MISS IT..!!!

Forlan - Player of The Year (World Cup 2010)

12 July 2010


Bagi aku Forlan adalah wira pada World Cup 2010 kali ini. Kehadiran beliau dipadang sememangnya amat dinantikan oleh para penyokong Uruguay.

Jaringan yang tidak diduga sering dilakukan oleh bekas pemain Man Utd ini.
Dalam erti kata lain, Forlan adalah Pemain Terbaik pada World Cup 2010 kali ini.

Ayam Belanda digulai Sotong Kurita..


Akhirnya Sepanyol berjaya menjulang Piala Dunia 2010 dengan mengalahkan Belanda 1-0 pada masa tambahan setelah kedudukan terikat 0-0.

Sepanyol menang 1-0 hasil jaringan Iniesta. Malas nak cakap banyak-banyak..Menang nasib je tu..haha..

Anyway tak kesampaian niat aku nak gulai sotong kurita ni..waaaaaa..sob3x..

World Cup 2010 - Spain or Netherland?

11 July 2010


JOHANNESBURG - Kelibat perancang Belanda, Wesley Sneijder dan penyerang Sepanyol, David Villa bakal mencuri tumpuan pada aksi final Piala Dunia 2010 di Stadium Soccer City awal pagi esok.

Bagi kedua-dua pemain tersebut, matlamat mereka hanya satu iaitu membantu pasukan masing-masing mencipta sejarah muncul selaku pasukan Eropah pertama yang menjuarai kempen Piala Dunia di luar dari benua tersebut.

Namun gelaran anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak tetap menjadi idaman mereka.

Setakat ini, Sneijder dan Villa berkongsi lima gol selepas mereka mempamerkan sentuhan penyudah berbisa bagi membantu pasukan masing-masing mara sehingga ke pentas final pada kempen yang julung kalinya dilangsungkan di benua Afrika.

Perhitungan pada aksi final itu nanti bukan sahaja bagi mencari juara Piala Dunia edisi ke-19 di Afrika Selatan, malah gelaran penjaring terbanyak juga menjadi buruan dua pemain tersebut.

Bagi Villa, ini merupakan detik penuh bermakna buat dirinya selepas kejayaan membantu skuad La Roja mara ke final Piala Dunia dan ia mungkin lebih manis sekiranya dinobatkan selaku penjaring terbanyak sepanjang kempen kali ini.

"Saya kini berasa sangat gembira selepas mengharungi situasi yang penuh menakjubkan sepanjang karier saya sebagai pemain bola sepak profesional.

"Namun saya sentiasa mengharapkan bahawa saya mampu membawa Sepanyol muncul juara Piala Dunia kali ini," jelas Villa.
Sneijder pula menganggap, kejayaan Belanda muncul juara Piala Dunia lebih bermakna berbanding dia dinobatkan selaku penjaring terbanyak.

"Tidak kira siapa yang menjaringkan gol, apa yang lebih penting kami mencipta kemenangan seterusnya menjuarai Piala Dunia di Afrika Selatan.

"Jika saya dapat menjaringkan gol pada aksi final nanti, ia sudah dianggap satu bonus," katanya. - Agensi

Sumber - Kosmo
 

Uruguay VS Germany 3rd & 4th place..???

10 July 2010


Menjelang pertemuan dua pasukan yang tersingkir diperingkat separuh akhir Piala Dunia 2010 awal pagi nanti akan ditentukan pasukan manakah yang paling layak untuk mengisi tempat ketiga terbaik pada Piala Dunia kali ini.

Walaupun kedua-duanya telah dikecewakan oleh lawan masing-masing, misi menebus maruah tetap akan diteruskan.

Bagi Forlan dan juga Klose mereka berdua masih berpeluang mendapatkan gelaran penjaring terbanyak pada Piala Dunia kali ini namun perlu menunggu perlawan terakhir diantara Spain dan Holland di mana Villa dan Sneider masing - masing menjaringkan 5 gol pada ketika ini.

Kepada kaki bola selamat menyengkang mata..hehe..esok korang tak kerja kan..haha..

Argentina jadi lauk..!

04 July 2010


CAPE TOWN - Selepas Brazil, semalam giliran Argentina pula tersingkir pada kempen Piala Dunia 2010. Skuad kendalian Diego Maradona itu ditunjukkan jalan keluar oleh Jerman apabila tewas 0-4 pada aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Green Point.

Jerman bermula garang apabila Thomas Mueller berjaya menanduk masuk gol pembukaan hasil sepakan percuma yang diambil Bastian Schweinsteiger seawal minit ketiga. Tersentak dengan jaringan pendahuluan Jerman, Argentina kembali memperkemaskan jentera serangan, namun mereka masih gagal memecah kebuntuan bagi mencari gol penyamaan sehingga tamat babak pertama.

Sebaik babak kedua bersambung, asakan bertali arus Jerman ternyata membuahkan hasil apabila mereka menambah tiga lagi gol masing-masing menerusi Miroslav Klose pada minit 68 dan 89 serta Arne Friedrich (74). Kelemahan benteng pertahanan Argentina jelas kelihatan apabila banyak melakukan kesilapan mudah, sekali gus memberi ruang buat barisan pemain muda Jerman merobek gawang mereka.

Kejayaan Jerman menumbangkan gergasi Amerika Selatan itu membawa mereka ke saingan separuh akhir awal pagi Khamis ini. – Agensi

Sumber -Kosmo

United lemah longlai tanpa Rooney.

04 April 2010



MANCHESTER - Chelsea mengambil penuh kesempatan di atas ketiadaan Wayne Rooney untuk melonjak ke tangga teratas Liga Perdana England (EPL) selepas menang 2-1 ke atas Manchester United, semalam.

Jaringan Joe Cole dan pemain gantian, Didier Drobga membuktikan dominasi kelab London itu, selepas lawan mereka jelas kurang berinspirasi tanpa penyerang Rooney, yang telah menjaringkan 34 gol setakat ini. 

Jaringan minit-minit akhir pemain gantian, Federico Macheda pula membuktikan United masih mampu bertindak balas ketika tiga rayuan untuk sepakan penalti pasukan itu, dinafikan oleh pengadil.

Bagaimanapun, itu tidak boleh dijadikan alasan buat penyandang juara itu, selepas gagal mencipta peluang gol, sebelum Macheda menyempurnakan hantaran lintang dari pemain gantian, Nani pada sembilan minit akhir perlawanan. 

Ketiadaan Rooney tidak menukar bentuk formasi United, dengan Dimitar Berbatov sekali lagi gagal menepati statusnya selaku pemain termahal dalam sejarah pembelian United, apabila gagal membentuk gandingan baik dengan Ryan Giggs dan Antonio Valencia di bahagian serangan. 

Ancelotti menurunkan barisan yang sama ketika Blues membelasah Aston Villa 7-1 hujung minggu lalu, dengan Drogba diletak di bangku simpanan pada awal permainan.
Nicolas Anelka mengetuai rangkaian serangan, dibantu Cole dan Florent Malouda di bahagian sayap.

Gandingan mereka membolehkan Chelsea mendahului pada minit ke-20.
Gerakan bermula dari sebelah kiri, selepas Malouda melepasi Valencia dan Gary Neville, dan dia bergelut dengan Darren Fletcher sebelum melakukan hantaran lintang yang tepat kepada Cole, yang kemudiannya melakukan kuisan menarik untuk gol pertama Blues. 

Chelsea memperoleh gol kedua melalui jaringan Drogba, yang dilihat berada pada posisi ofsaid, sebelum menyambar hantaran pemain gantian, Salomon Kalou dan melepaskan rembatan deras menewaskan Edwin van der Sar.

"Ia amat mengecewakan, kita dapat lihat bagaimana kualiti pengadil di sini, saya rasa ia mengganggu rentak permainan kami.

"Walaupun kami tewas ia tidak bermakna kami sudah gagal meraih kejuaraan liga musim ini," kata pengurus United, Alex Ferguson. - AFP

Park Ji Sung the hero as Manchester United win over Liverpool last night..

22 March 2010


Finally dendam Ferguson terhadap Benitez dalam tiga rekod pertemuan yang lalu terbalas dengan kemenangan bergaya Man Utd malam tadi.

Walaubagaimanapun United dikejutkan jaringan seawal minit kelima oleh penyerang sensasi Sepanyol, Fernando Torres. Tandukan cantiknya mencecah jaring hasil hantaran lintang Kuyt di luar kotak penalti.

Namun United lantas bangkit dengan serangan bertali arus dan hasilnya sepakan penalti diberikan setelah Valencia dikasari oleh Mascherano di luar kawasan kotak penalti. Namun pengadil memutuskan untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada United.


Sepakan penalti hampir dipersia-siakan oleh Rooney setelah sepakan kali pertamanya ditepis baik oleh Reina namun kepantasan Rooney menolak bola yang melantun cukup untuk menewaskan penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu.

Setelah keputusan perlawanan seakan-akan berkesudahan dengan seri muncul Park Ji Sung sebagai wira dengan tandukan cantiknya hasil hantaran lintang yang cukup sempurna oleh Fletcher.

Walaupun kelihatan jelas sekali kelibat Ji Sung seolah-olah out of form namun Ferguson punya rencana sendiri untuk terus mengekalkan Ji Sung pada masa kedua dan hasilnya cukup untuk memberi kemenangan bergaya United dan sekaligus memeningkan kepala Ancelotti yang gagal mengutip tiga mata penuh malam nanti yang hanya sekadar seri 1-1 bertemu Blackburn Rovers.

Ancaman besar buat Man Utd..!

18 March 2010




SUPER SUNDAY..! 

Perlawanan yang pastinya hangat hujung minggu menyaksikan kedua-dua musuh tradisi Man Utd akan berlawan menentang Liverpool.

Dan yang pastinya kehadiran semula penyerang berbisa Liverpool dalam skuad utama pastinya akan memberi sedikit tekanan kepada Man Utd untuk terus mencabar kedudukan teratas liga walaupun hanya dibezakan dengan satu mata.

Thanks City..!

27 February 2010

 

Picture from http://www.guardian.co.uk/ - Terry 0-1 Bridge. Chelsea 2-4 City. Photograph: Rebecca Naden/PA

Terima kasih City atas kemenangan yang masih lagi panas sebentar tadi. Ucapan terima kasih itu datang ikhlas dari para penyokong Man Utd. hehe.. 

MU walaubagaimanapun semakin hampir untuk memintas Chelsea dengan hanya dibezakan satu mata sahaja pada ketika ini.

Mengulas perlawanan Chelsea dan City sebentar tadi, perlawanan ini sememangnya dijangka panas dengan kehadiran Terry dan Bridge di atas padang. 

Skandal Terry masih lagi menghantuinya setelah  bahagian pertahanan yang dikawal dibolosi sebanyak 4 kali..

Kecederaan serius yang di alami Cech mengakibatkan dia terlepas beberapa aksi Liga Inggeris selama tiga minggu dan tugas penjaga gol terpaksa di ambil oleh penjaga gol simpanan mereka, Hilario.

Aksi mantap Tevez dan Bellamy di bahagian serangan berjaya mengucar kacirkan pertahanan yang dikawal oleh kapten mereka Terry. 

Perlawanan ini berlangsung dengan agak panas setelah dua kad merah dilayangkan oleh pengadil kepada Belleti sekaligus memberikan sepakan penalti kepada City yang mudah di ambil oleh Tevez.

Kad merah kedua menyusul setelah Ballack menerima kad kuning kedua setelah mengasari Tevez.

Keputusan penuh Chelsea 2-4 Man City.


AC Milan VS Man Utd

11 February 2010

 

Perlawanan yang dinanti-nantikan musim ini sudah pastinya pertemuan dua gergasi hebat bola sepak dunia iaitu AC Milan dan Man Utd yang bakal beraksi pada perlawanan pertama pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah pada 16 Febuari 2010.

United hampir pasti menurunkan barisan terbaiknya setelah beberapa pemain yang mengalami kecederaan seperti Ferdinand dan Nani bakal diturunkan.

Ferdinand yang mendapat suntikan semangat sebagai Kapten England pada Piala Dunia 2010 tahun ini sudah pastinya akan beraksi baik untuk menyakinkan Capello bahawa penyingkiran Terry adalah tepat.


Man Utd benam Arsenal 3-1

01 February 2010



 

Kemenangan dramatik United awal pagi tadi cukup untuk memastikan kejuraan Liga Perdana musim ini bakal berada di Old Trafford selepas mereka berjaya melakukannya pada musim lalu.

Kemenangan 3-1 hasil gerakan cantik Nani yang mudah memperdaya pertahanan lawan dengan gerakan cukup menarik menyaksikan penjaga gol Arsenal Almunia tertampan bola ke dalam pintu gol sendiri.

Manakala jaringan kedua menyusul hasil dari "counter attack" United menerusi umpanan Park Ji Sung kepada Rooney, gerakan satu dua tercipta dengan Rooney membuat hantaran cantik kepada Nani yang dengan bijak membuat hantaran semula kepada Rooney ke dalam kotak penalti Arsenal dan sekaligus sepakan terus Rooney berjaya menumpaskan Almunia buat kali kedua. 

Dua gol masih tidak cukup untuk United dan sekali lagi hasil gerakan Rooney hantaran cantiknya kepada Park Ji Sung di kawasan tengah menyaksikan gol ketiga tercipta dimana Park mudah memperdayakan Almunia untuk kali ketiga berturut-turut.

Gol sagu hati Arsenal pula menjelma diminit-minit terakhir oleh pemain pertahanan mereka yang menyepak cantik sekaligus membias pertahan United dan gagal diselamatkan oleh Van Der Sar.

Dengan kemenangan awal pagi tadi sememangnya memberi sedikit tekanan kepada pendahulu liga Chelsea yang turut mencatatkan kemenangan bertemu Burnley hasil jaringan minit akhir oleh Kapten mereka John Terry.

kerja, kerja, kerja..

29 January 2010

 

kerja, kerja, kerja.. minggu yang memenatkan sehingga tiada langsung kesempatan untuk aku update blog ni..hari-hari macam ini aku boleh dapat migrain..hoho..

to be continue..

Peluang Man Utd pintas Chelsea dan Arsenal

23 January 2010




Man Utd berpeluang untuk berada seketika di puncak liga malam ini setelah kedua-dua pencabar utama mereka Chelsea dan Arsenal bakal berentap pada perlawanan Piala FA masing-masing.

United perlu mencatatkan kemenangan ke atas Hull City jika ingin terus bersaing untuk kejuaraan liga musim ini. Ketiadaan Berbatov akibat kecederaan bakal diisi oleh Owen yang akan bergandingan bersama Rooney dibahagian serangan.

Sekembalinya Ferdinand dalam skuad United setelah berehat panjang akibat kecederaan ketika bertemu Liverpool tahun lepas sememangnya akan dapat menguatkan bahagian pertahanan.

Namun dikatakan Ferdinand masih belum pulih sepenuhnya dan hampir pasti tidak akan diturunkan pada perlawanan bertemu Hull City malam ini.

MU tewas lagi..!!! oh tidakkkk..!

20 January 2010




Setelah kekalahan Man Utd ditangan Man City awal pagi tadi pelbagai persoalan mula timbul oleh rata-rata peminat Man Utd tentang arah tuju MU musim ini..

Disingkirkan oleh Leeds Utd pada perlawanan Piala FA pusingan ketiga beberapa minggu yang lalu kini MU dalam tekanan untuk mempertahankan kejuaraan liga apabila pencabar utamanya Chelsea menang besar ke atas Sunderland kelmarin.

Namun MU masih berpeluang untuk sekurang-kurangnya memenangi Carling Cup pada musim ini apabila City bakal bertandang ke Old Trafford untuk perlawanan pusingan kedua dengan kelebihan satu gol.

Atau adakah Ferguson akan turut mengikut jejak langkah Liverpool dengan kekalahan demi kekalahan dan juga bakal kehilangan pemain-pemain utama mereka seperti Gerard dan mungkin juga Torres jika mereka gagal sekurang-kurangnya menduduki tempat ketiga untuk layak secara automatik ke Liga-liga Juara Eropah musim hadapan.

Akhirnya impian Tevez untuk meraikan gol pertamanya ketika bertemu United dihadapan bekas pengurusnya, Ferguson menjadi kenyataan.

2 gol tu bro..! keh3x..

Van Der Sar pasti diturunkan..!!!

16 January 2010




Berita yang amat melegakan bagi peminat Man Utd dengan kehadiran semula penjaga gol veteran mereka Edwin Van Der Sar dalam skuad utama..

Kehadiran beliau diposisi penjaga gol amat dinanti-nantikan oleh peminat serta penyokong Man Utd malam ini apabila bertemu Burnley di Old Trafford.. yes!

Memang kena burn la ko malam ni Burnley..hehe..

Stoke City    VS  Liverpool
Chelsea       VS  Sunderland
Man Utd       VS  Burnley
Portsmouth    VS  Birmingham City
Tottenham     VS  Hull City
Wolverhampton VS  Wigan Athletic
Everton       VS  Manchester City


Tevez hatrik..!!!

13 January 2010





Tevez menyengat dengan menjaringkan hatrik pada perlawanan menentang Blackburn Rovers kelmarin..Man City menang 4-1..

Jaringan hatrik itu adalah yang pertama buat Tevez untuk Man City. Menurut Mancini, Tevez merupakan nadi utama kepada kejayaan hebat City ke atas Rovers, kelmarin.

Pemain kelahiran Argentina ini tampak begitu serasi bersama dengan pemain penyerang Benjani Mwaruwari.

Penyerang dari Zimbabwe itu juga memainkan peranan penting dalam beberapa jaringan City ketika menentang Rover.

Benjani  di beri peluang oleh Mancini untuk membuktikan keupayaannya setelah lama disisih oleh Mark Hughes akibat kehadiran Adebayor yang merupakan penyerang utama bagi City..

Van Der Sar kembali menjalani latihan..





setelah aksi yang kurang menyakinkan oleh penjaga gol simpanan Thomas Kuszack dan Ben Foster, Sir Alex Ferguson sememangya menantikan aksi semula penjaga gol veteran mereka Van Der Sar.. khidmat Van Der Sar amat ditagih Ferguson setelah aksi yang tidak menyakinkan oleh para pemain Man Utd ketika ini..

di harap Van Der Sar dapat diturunkan secepat yang mungkin bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris bertemu Burnley..

adeh terjiwang lak..haha takpe la sekali sekale..

11 January 2010




hari ini aku tak nak cerita pasal bola..tukar topik jap..hehe..saja je nak share satu cerita yang entah dari mana aku cilok ntah..tapi still credit kat artikel kiriman saudari ni..ntah kenapa tetiba aku terjiwang karat lak hari ini..haha..

ok2 jom baca kisah ni..tajuk dia aku tak ingat la..layan jer..

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang." "Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia." Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Kisah ini telah dikirimkan oleh saudari Rozita.

Premier League today..!

09 January 2010





Ferguson menghadapi tugas berat hari ini apabila berdepan dengan Birmingham malam ini..Birmingham, yang di bawah bimbingan bekas anak didik Ferguson, Alex McLeish tidak pernah tewas dalam 11 perlawanan berturut-turut dan turut memasang impian untuk beraksi di Eropah tahun hadapan..

Manakala Chelsea bakal berasa bahang kehilangan pemain2 utama yang kini beraksi di Piala Afrika apabila bertemu dengan Hull City di gelanggan lawan malam ini..

Diharap Hull City dapat menewaskan Chelsea untuk memberi peluang pada Man Utd untuk memintas Chelsea sekaligus mengeluarkan Hull dari zon penyingkiran..

Man Utd VS Man City di tunda..??

07 January 2010


Mblog dalam kenangan..

04 January 2010




hari ni aku tak nak citer pasal bola..coz aku agak tertekan dengan kekalahan mengejut Man Utd ke atas Leeds Utd malam tadi..kekalahan itu cukup untuk menyakitkan..haha..lantak p la kalah ke menang..kalau menang pon bukan aku yang dapat piala FA tu..hehe..

ha ni nak citer pasal Mblog Maxis plak..errmmm tempat ni sememangnya meninggalkan satu memori yang cukup indah dalam hidup aku suatu ketika dahulu..eh jap2 kalau  korang nak tau Mblog ni Maxis yang punya..lebih kurang macam Facebook ngan Friendster jugak la lebih kurang.. tapi yang bestnye Mblog ni leh online guna handphone la..tapi la ni FB ngan FS pon dah leh online guna hp gak kan..hehe..

nak citer skit tentang pengalaman aku join Mblog ni..aku join sana lebih kurang 6 tahun jugak la..aku ni dikatakan manusia terawal jugak la yang menjejakkan kaki kat dunia blog ni..masa tu memang le best giler..tempat tu dah macam umah kedua aku je..aku plak dah rasa macam masuk kat dunia blog tu..huhu..

kawan skit la punya ramai..kira aku ni otai jugak la kat Mblog ni..leh dikatakan hampir 24 jam masa yang aku ada aku lepak kat sana..memang bil elektrik umah aku ni skit punya melambung daa..hehe..

setelah beberapa ketika aku menyambung pelajaran aku kat salah satu Univeristi tempatan..UPM la..sejak tu aku dah takde masa dah nak layan Mblog ni..maklum la "Campus Life" kat sini agak busy jugak la..

beberapa ketika aku jenguk2 balik Mblog kawan2 aku sume dah takde..sume lost contact..waaaa..kenangan2 manis dan pahit kat sana hilang sekelip mata..huhu..dan hingga hari ini aku masih lagi menjenguk2 Mblog kot2 ada kawan lama aku yang tetibe rasa nak online balik kat sana..

to be continue..mengantok daaa..sok nak outstation lak..salam..

Van Der Vaart plak..??

03 January 2010




Menurut sumber yang diterima Benitez  dikatakan akan menerima 2 pemain baru yang bakal mengikat kontrak bersama Liverpool iaitu Ruud Van Nilsteroy dan Van Der Vaart kedua-duanya dari Real Madrid..

Manakala Van Der Vaart hanya beraksi sebagai pemain pinjaman sehingga akhir musim ini.. Liverpool yang terdesak ketika ini terpaksa melakukan pembelian dramatik setelah peluang untuk beraksi di pusingan kalah mati Liga Juara-juara musnah hancur lebur..huhu..

Nilsteroy yang sukar mendapat tempat di Madrid setelah kehadiran penyerang baru Karim Benzema terpaksa melupakan kelab ternama itu untuk menyelamatkan karier bola sepaknya untuk mencerahkan peluangya beraksi bersama Belanda di Afrika Selatan sebelum menamatkan kariernya sebagai bintang bola sepak dunia..

Dengan kehadiran dua pemain berstatus bintang ini diharapkan Liverpool mampu sekurang-kurangnya berada di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris musim ini..

Selamat berjuang Yeop..!




Harapan aku moga pasukan Perak tahun ni dapat merebut salah satu piala bagi musim ini di bawah Jurulatih Raja Azlan..

Liga Super 2010 akan bermula 9 Jan 2010..diharap sume penyokong "Kejor Yeob Kejor" turun beramai-ramai support team kita yang dah lama rasanya tak memenangi sebarang piala..

Bagi player2 muda pasukan Perak kembalikan zaman kegemilangan pasukan kita ok..!

Jadual Liga Super 9 Jan 2010

Pahang         VS  Perak
N. Sembilan VS  Selangor
K. Lumpur    VS  T. Team
Terengganu  VS  Kelantan
Plus FC        VS  Penang
Terenggan    VS  Kelantan
Perlis           VS  Johor FC
Johor           VS  Kedah
    

FA Cup lak malam ni..adeh3x..

02 January 2010





Oleh kerana esok cuti, so terpaksa la aku berjaga malam ni utk tgk match yg aku rasa best la kot.. Man City VS Middlesbrough.. 1 reason utk aku tgk game ni coz aku nak tgk sejauh mana kemampuan Roberto Mancini dalam saingan FA Cup lak..

Maklum la coach baru beb..hehe.. dan game yang paling aku tunggu-tunggu lambat giler plak kat kul 1 pagi daaa.. nak tau game ape??? Liverpool VS Reading..reading ape aku pon tak tau la club ni..haha jgn mare..

Juga 1 reason aku nak tengok match Liverpool ni coz baru2 ni dorang dah menang 2 game berturut-turut, so malam ni kita tengok macam mana plak ye.. team febret aku esok lak main..ish3x.. team ape?? team MU la bro..

Latest News..!













Liverpool dikatakan berminat mendapatkan khidmat pemain Veteran Ruud Van Nistelroy dan Roman Pavlyuchenko yg kini myinar di Spurs..

Benam Leeds..!



 Amaran awal Carrick kpd Leeds Utd yg suatu ketika dulu turut mjadi slh satu musuh MU sebelum di campak ke liga bawahan..MU vs Leeds Utd FA Cup 2010..