Forlan - Player of The Year (World Cup 2010)

12 July 2010


Bagi aku Forlan adalah wira pada World Cup 2010 kali ini. Kehadiran beliau dipadang sememangnya amat dinantikan oleh para penyokong Uruguay.

Jaringan yang tidak diduga sering dilakukan oleh bekas pemain Man Utd ini.
Dalam erti kata lain, Forlan adalah Pemain Terbaik pada World Cup 2010 kali ini.

Ayam Belanda digulai Sotong Kurita..


Akhirnya Sepanyol berjaya menjulang Piala Dunia 2010 dengan mengalahkan Belanda 1-0 pada masa tambahan setelah kedudukan terikat 0-0.

Sepanyol menang 1-0 hasil jaringan Iniesta. Malas nak cakap banyak-banyak..Menang nasib je tu..haha..

Anyway tak kesampaian niat aku nak gulai sotong kurita ni..waaaaaa..sob3x..

World Cup 2010 - Spain or Netherland?

11 July 2010


JOHANNESBURG - Kelibat perancang Belanda, Wesley Sneijder dan penyerang Sepanyol, David Villa bakal mencuri tumpuan pada aksi final Piala Dunia 2010 di Stadium Soccer City awal pagi esok.

Bagi kedua-dua pemain tersebut, matlamat mereka hanya satu iaitu membantu pasukan masing-masing mencipta sejarah muncul selaku pasukan Eropah pertama yang menjuarai kempen Piala Dunia di luar dari benua tersebut.

Namun gelaran anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak tetap menjadi idaman mereka.

Setakat ini, Sneijder dan Villa berkongsi lima gol selepas mereka mempamerkan sentuhan penyudah berbisa bagi membantu pasukan masing-masing mara sehingga ke pentas final pada kempen yang julung kalinya dilangsungkan di benua Afrika.

Perhitungan pada aksi final itu nanti bukan sahaja bagi mencari juara Piala Dunia edisi ke-19 di Afrika Selatan, malah gelaran penjaring terbanyak juga menjadi buruan dua pemain tersebut.

Bagi Villa, ini merupakan detik penuh bermakna buat dirinya selepas kejayaan membantu skuad La Roja mara ke final Piala Dunia dan ia mungkin lebih manis sekiranya dinobatkan selaku penjaring terbanyak sepanjang kempen kali ini.

"Saya kini berasa sangat gembira selepas mengharungi situasi yang penuh menakjubkan sepanjang karier saya sebagai pemain bola sepak profesional.

"Namun saya sentiasa mengharapkan bahawa saya mampu membawa Sepanyol muncul juara Piala Dunia kali ini," jelas Villa.
Sneijder pula menganggap, kejayaan Belanda muncul juara Piala Dunia lebih bermakna berbanding dia dinobatkan selaku penjaring terbanyak.

"Tidak kira siapa yang menjaringkan gol, apa yang lebih penting kami mencipta kemenangan seterusnya menjuarai Piala Dunia di Afrika Selatan.

"Jika saya dapat menjaringkan gol pada aksi final nanti, ia sudah dianggap satu bonus," katanya. - Agensi

Sumber - Kosmo
 

Uruguay VS Germany 3rd & 4th place..???

10 July 2010


Menjelang pertemuan dua pasukan yang tersingkir diperingkat separuh akhir Piala Dunia 2010 awal pagi nanti akan ditentukan pasukan manakah yang paling layak untuk mengisi tempat ketiga terbaik pada Piala Dunia kali ini.

Walaupun kedua-duanya telah dikecewakan oleh lawan masing-masing, misi menebus maruah tetap akan diteruskan.

Bagi Forlan dan juga Klose mereka berdua masih berpeluang mendapatkan gelaran penjaring terbanyak pada Piala Dunia kali ini namun perlu menunggu perlawan terakhir diantara Spain dan Holland di mana Villa dan Sneider masing - masing menjaringkan 5 gol pada ketika ini.

Kepada kaki bola selamat menyengkang mata..hehe..esok korang tak kerja kan..haha..

Argentina jadi lauk..!

04 July 2010


CAPE TOWN - Selepas Brazil, semalam giliran Argentina pula tersingkir pada kempen Piala Dunia 2010. Skuad kendalian Diego Maradona itu ditunjukkan jalan keluar oleh Jerman apabila tewas 0-4 pada aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Green Point.

Jerman bermula garang apabila Thomas Mueller berjaya menanduk masuk gol pembukaan hasil sepakan percuma yang diambil Bastian Schweinsteiger seawal minit ketiga. Tersentak dengan jaringan pendahuluan Jerman, Argentina kembali memperkemaskan jentera serangan, namun mereka masih gagal memecah kebuntuan bagi mencari gol penyamaan sehingga tamat babak pertama.

Sebaik babak kedua bersambung, asakan bertali arus Jerman ternyata membuahkan hasil apabila mereka menambah tiga lagi gol masing-masing menerusi Miroslav Klose pada minit 68 dan 89 serta Arne Friedrich (74). Kelemahan benteng pertahanan Argentina jelas kelihatan apabila banyak melakukan kesilapan mudah, sekali gus memberi ruang buat barisan pemain muda Jerman merobek gawang mereka.

Kejayaan Jerman menumbangkan gergasi Amerika Selatan itu membawa mereka ke saingan separuh akhir awal pagi Khamis ini. – Agensi

Sumber -Kosmo